akmaymad chat box

Monday, September 14, 2009

kisah penjaja yang sabar: jadikan pengajaran seronok ceriter ni jgn x bc rugi..

ASSALAMUALAIKUM. ..


bagus kisah nih..bacalah. .
sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
menandingi kekuasaan Allas swt..amin

kisah penjual tempe moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah.

Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu.
Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi. " Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna.

Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat (",) ....

have a good laugh....hahahaha

Boss and his Secretary



Boss walked into the office one morning not knowing that his zipper was

down.



His secretary walked up to him and asked, 'Boss this morning when you left

your house, did you close your garage door?' This was not a phrase that

Her Boss understood, so he went into his Office looking a bit puzzled.



When he was about done with his paper work, he suddenly noticed that his

Zipper was not zipped up.

He zipped up and remembering what his

Secretary had told him, finally understood.

He then intentionally went out

to ask for a cup of coffee from his secretary.

When he reached her desk,

He said, 'When you saw the garage door open did you see my jaguar parked

In there?'

The secretary smiled for a moment and said, 'No, Boss I didn't.

All I saw

Was a Kancil 600 with 2 flat tires.

'

Mental Health Hotline

Hello, and welcome to the Mental Health Hotline.


If you are obsessive-compulsive, press 1 repeatedly.

If you are co-dependent, please ask someone to press 2 for you.

If you have multiple personalities, press 3, 4, 5 and 6.

If you are paranoid, we know who you are and what you want. Stay on the line so we can trace your call.

If you are delusional, press 7 and your call will be transferred to the mother ship.

If you are schizophrenic, listen carefully and a small voice will tell you which number to press.

If you are a manic-depressive, it doesn't matter which number you press-no-one will answer.

If you are dyslexic, press 9696969696969.

If you have a nervous disorder, please fidget with the hash key until a representative comes on the line.

If you have amnesia press 8 and state your name, address, phone number, date of birth, social security number and your mother's maiden name.

If you have post-traumatic stress disorder, slowly and carefully press 000.

If you have bipolar disorder, please leave a message after the beep or before the beep.

Or after the beep. Please wait for the beep.

If you have short-term memory loss, press 9.

If you have short-term memory loss, press 9.

If you have short-term memory loss, press 9.

If you have short-term memory loss, press 9.

If you have low self esteem, please hang up. All our operators are too busy to talk to you.

IM THE BOSS

Seorang lelaki mengeluh kerana sering di ketepikan dalam sebarang urusan di pejabatnya...


Beberapa jam kemudian.. dia balik kerumah untuk mengambil sesuatu... dan kembali ke pejabatnya..

dengan sebuah papan gantung pintu yang bertulis "I"M THE BOSS".

Kemudian di gantungkannya papan gantung pintu itu di pintu biliknya.

Di waktu tengaharinya dia keluar makan dan terus pulang ke pejabatnya bila selesai...

Tiba-tiba dia menemui satu nota kecil ditampal di papan gantung pintunya tadi.

Isi nota tersebut adalah:

"Isteri Anda menelefon, dia minta Anda segera mengembalikan papan gantung pintunya."

kisah benar...sebagai pengajaran...bacalah

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG... ..
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.
Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
-she should be thankful.... .
she got the forgiveness from her husband-

Sunday, September 13, 2009

3 doc{funny}

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya..
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul…

tipss cover maver wee

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-gulinghingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu barubgn bila takde orang nampak..2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskalanda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kalisupaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olahanda dirasuk atau sedang berlawan denganmakhluk halus...4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlahsampah yang ada sambil marah-marah dengansuara yang kuat, pasti orang menyangka andaseorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orangdi blakang anda....6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buatpengsan sehingga ada orang membantuanda..kalo takde..baring terus sampai malam dantakde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lahmasa sesuai untuk bangun semula....7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik lakawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah andasorang je yang dapat malu.

just for crazy 1

Pilih bulan kau lahir:
Januari-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku cinta
Februari-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku gigit
Mac--------Aku belasah
April-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku peluk
Mei-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku sepak
Jun-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku terkentot depan
Julai-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku menari dengan
Ogos-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku pergi dating dengan
September-​​-​​-​​-​​Aku lambai dekat
Oktober-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku muntah depan
November-​​-​​-​​-​​-​​Aku jerit dekat
Disember-​​-​​-​​-​​-​​Aku terlanggar

Pilih hari (nombor) kau lahir:
1-------mak aku
2-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​komputer aku
3-------kereta jiran aku
4-------kucing
5-------kerusi
6-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​gangster
7-------henfon aku
8-------kawan baik aku
9-------cikgu
10-------semut
11-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​pisang
12-------polis
13-------buku
14-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​patung barbie
15-------lembu
16-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​makcik aku
17-------radio
18-------tv
19-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​makcik kantin
20-------kasut sekolah
21-------upin dan ipin
22-------Siti Nurhaliza
23-------tupai
24-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Christiano Ronaldo
25-------buku teks
26-------kawan aku
27-------unta
28-------meja
29-------orang gila
30-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​taylor swif
t31-------awek cun

Pilih warna baju yang kau pakai:
Putih-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku perasan cantik
Hitam-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku gila
Pink-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku suka single
Merah-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab mak aku suruh
Biru-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku tak tahan
Hijau-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku baik hati
Ungu-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku semangat
Kelabu-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab bomoh suruh
Kuning-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku dalam pertandingan
Oren-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku sakit hati
Coklat-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku tak tentu arah
Lain-​​lain-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku fikir aku hebat

skymeng

suatu masa dulu di texas, hidup seorang mamat yang bername skymeng yang keghairahannye memakan kacang dalam tin.tetapi problemnye, skymeng selalu menghadapi masalah yang memalukan selepas memakan kacang dalam tin.perut memulas,sendawa adalah antara sintom yang selalu dialaminya selepas memakan makanan ini.suatu hari skymeng telah bertemu perempuan idaman kalbunya lili dan merancang untuk berkahwin.tapi di dalam hatinya telah berfikir bahawa dia harus berhenti daripada memakan makanan kegemarannya untuk mengelakkan keaiban diri.jadi nekadlah skymeng untuk berhenti daripada memakan kacang dalam tin.selang berape hari tibalah besdey skymeng.lili mahu membuat parti supris untuk skymeng lalu menghantarnye ke pekan untuk membeli susu lembu.semasa dalam perjalanan pulang, kereta skymeng telah rosak dan dia pun menelepon lili untuk memberitahu tentang keadaannya. wah apa lagi suka le lili pasal ade banyak masa untuk prepare parti supris tu.so, berjalan lah skymeng sejauh 11 batu untuk balik ke rumahnye...tibe2 setelah setengah jalan skymeng terbau aroma kacang dalam tin datang daripada sebuah kafe di bahu jalan.ape lagi berfikirlah skymeng bahawa apa salah nye berenti sekejap untuk makan semangkuk due lagi pun masih jauh lagi nak menapak.masuk la skymeng dalam kafe dan tanpa berlengah telah mengoder 3 mangkuk kacang.puasla hatinye maka menapak la lagi skymeng selepas membedal 3 mangkuk kacang dan setelah sekian masa sampaila skymeng di rumah.lili telah pun menunggu skymeng di pintu untuk menyambutnya dengan suka ati sekali.lalu menyuruh skymeng menutup mata dengan secebis kain kerana adea supris untknya.dibawanya skymeng ke dapur ..tiba-tiba telepon di ruang tamu telah berdering dan lalu lili meninggalkan skymeng sendirian dan sempat memesan skymeng agar tidak membuka pembalut mata sebelum dia kembali.maka ikut la skymeng dengan kata-kata lili. tiba-tiba perutnya memulas dan terasa hendak kentut.lalu tanpa berlengah-lengah skymeng pun melepaskan kentut yang amat busuk sambil mengangkat sebelah kakinya. tak cukup dengan itu datang pula kentut no.2 dengan bau seperti bangkai lembu.lalu skymeng tanpa lengah-lengah mencabut bajunya dan mengibas-ngibas kan bajunya untuk mengudarakan oksigen dalam dapur itu.tak lama selepas itu kembalilah lili dari ruang tamu dan membuka pembalut mata skymeng..sambil berkata suprise!!!!dan itu di depan skymeng terduduk 12 orang tetamu sambil menutup hidung! alahai kesian skymeng

Orang Dewasa Kena Tipu

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut.Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”