akmaymad chat box

Thursday, October 8, 2009

Durian

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia


menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan....

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol: kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia

tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan. . . lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu... Sepopit itu berapa?

aisyah

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak...

Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."