akmaymad chat box

Sunday, September 13, 2009

skymeng

suatu masa dulu di texas, hidup seorang mamat yang bername skymeng yang keghairahannye memakan kacang dalam tin.tetapi problemnye, skymeng selalu menghadapi masalah yang memalukan selepas memakan kacang dalam tin.perut memulas,sendawa adalah antara sintom yang selalu dialaminya selepas memakan makanan ini.suatu hari skymeng telah bertemu perempuan idaman kalbunya lili dan merancang untuk berkahwin.tapi di dalam hatinya telah berfikir bahawa dia harus berhenti daripada memakan makanan kegemarannya untuk mengelakkan keaiban diri.jadi nekadlah skymeng untuk berhenti daripada memakan kacang dalam tin.selang berape hari tibalah besdey skymeng.lili mahu membuat parti supris untuk skymeng lalu menghantarnye ke pekan untuk membeli susu lembu.semasa dalam perjalanan pulang, kereta skymeng telah rosak dan dia pun menelepon lili untuk memberitahu tentang keadaannya. wah apa lagi suka le lili pasal ade banyak masa untuk prepare parti supris tu.so, berjalan lah skymeng sejauh 11 batu untuk balik ke rumahnye...tibe2 setelah setengah jalan skymeng terbau aroma kacang dalam tin datang daripada sebuah kafe di bahu jalan.ape lagi berfikirlah skymeng bahawa apa salah nye berenti sekejap untuk makan semangkuk due lagi pun masih jauh lagi nak menapak.masuk la skymeng dalam kafe dan tanpa berlengah telah mengoder 3 mangkuk kacang.puasla hatinye maka menapak la lagi skymeng selepas membedal 3 mangkuk kacang dan setelah sekian masa sampaila skymeng di rumah.lili telah pun menunggu skymeng di pintu untuk menyambutnya dengan suka ati sekali.lalu menyuruh skymeng menutup mata dengan secebis kain kerana adea supris untknya.dibawanya skymeng ke dapur ..tiba-tiba telepon di ruang tamu telah berdering dan lalu lili meninggalkan skymeng sendirian dan sempat memesan skymeng agar tidak membuka pembalut mata sebelum dia kembali.maka ikut la skymeng dengan kata-kata lili. tiba-tiba perutnya memulas dan terasa hendak kentut.lalu tanpa berlengah-lengah skymeng pun melepaskan kentut yang amat busuk sambil mengangkat sebelah kakinya. tak cukup dengan itu datang pula kentut no.2 dengan bau seperti bangkai lembu.lalu skymeng tanpa lengah-lengah mencabut bajunya dan mengibas-ngibas kan bajunya untuk mengudarakan oksigen dalam dapur itu.tak lama selepas itu kembalilah lili dari ruang tamu dan membuka pembalut mata skymeng..sambil berkata suprise!!!!dan itu di depan skymeng terduduk 12 orang tetamu sambil menutup hidung! alahai kesian skymeng

No comments:

Post a Comment